OBJEKTIF

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut :
  • Membina kecergasan badan
  • Mempunyai tubuh badan yang sihat
  • Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
  • Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
  • Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
  • Mempunyai kematangan emosi.
  • Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
  • Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
  • Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
  • Boleh bekerja secara sendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.
  • Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.
  • Mengamalkan nilai murni.
  • Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
  • Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment